Tuesday, January 6, 2009

Solidarity...

To show solidarity with the people of Ghazza, Palestine against Israel Al-jahanam aggression, I will end my "Mawar Putih "blog entry by maintaining the "Amanat Sheikh Ahmad Yassin' entry as the final post of the blog before this acknowledgement. As it is very painful to see our brothers and sisters suffering in Ghazza, we, should together be offering our prayers for them. Don't let the Yahudi laknatullah win the war against us!!



***will proceed with my personal memoir in a new blog later....

Saturday, January 3, 2009

Amanat Syeikh...

Amanat Syeikh Ahmad Yassin



Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:“ tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?



Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) .



Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan .Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah.


Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas…


Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami. Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringan bebanan kami.


Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:“ Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami , wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!


Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian ( menyerah ). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`.Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian . Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami.


Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”“ Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa , kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan , tanaman-tanaman yang dirosakkan.Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan ( umat ) kami, berpecahnya perpaduan kami , berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami…

Friday, January 2, 2009

Bungkuih....

Part 1...


Bungkuih sakan...tu tak tengok mak nya bungkuih lagi..hi..hi..hi...depa nak gi mesjid. Friday prayer. Weather la ni..mak ai, sejuk, berangin, menusuk ke tulang itam....so selepaih dibungkuih 2-3 lapih, gini ler ghupa maknusia2 kat umah ni...yg di bawah ni udah ghupa cam 'yo! ..watsssap man!'abg Mizan lak, memula eksen..tak mau cover body..at last akak suh dia bukak tingkap bilik, rasa angin kat luaq, baru la dia insap....
kena pakai stoking...depa gi mesjid on foot ja...mesjid dekat sesangat..


Part 2....not related to the above title..but kesinambungan pi mesjid tadi ...


ada Gaza's rally against Israel laknat after the Friday prayer...

the least that the little man can do besides offering prayer....to show moral support to our bothers and sisters in Palestine in Al-Ghazza'..



Maklumat tambahan:-
(Akak kan suka kepoh2 pasai weather forecast nih...ni esok nyer temperature..sejuk dehhhh...)

Forecast For: Saturday
Date: 1/3/2009
Weather
PARTLY CLOUD AND COLD WITH DUST HAZE AND RISING SAND IN PLACES.
Max. Temp
16 ºC
Min. Temp
10 ºC





Limited edition...

Boiprens in da house. At last berjaya gak pujuk abg Mizan ..YES!


Deme ni la bodyguards akak.... ke akak yg jadi bodyguard deme? Org kater, muka da boyz, potokopi muka bapak deme. Betoi ka? Habih tu, udah itu acuannye..ye dak...muahahaha...Kejap jer boifren-boifren kenit I ni dah membesor...pejam celik pejam celik, sora abang Mizan udah jadi sora 'jantan tulen'! Ghau..ghau.....The youngest one lak dah start malu2 kuhcen kalo nampak budak pompuan...siap tanya... "mama, adek heran la, pasai apa budak pompuan suka merajuk and manja?'' pengalaman pahit manis payau kat sekolah dia la tu...hi..hi..lawak la ko Naim.

Thursday, January 1, 2009

Tekak Melayu..

Ari ni tekak tingin benor nak raser masakan melayu jati weh! Kebetulan bahan2 mmg ada suma kat peti ais. And kebetulan lak bapak anak2ku cotiiiiiii.......akak pun bertungkuih lumuih berperang di dapor. Selera makan berganda2 lak sejuk2 ni,dek non oi. Semua bende depan mata baham laju jer ....ish!..riso gak..azam baru kekonon nak look fabulous in 40s, means tak nak gonduit ler tuh...bukan la nak fabulous botok2 gitew..BUT..fabulous amende kalo dok membaham je kerojernyer...silap2 jadi fabelon!!! hua..hua..hua...
sambei tumih udang petai Hoora..
ikan kering kerala mari, yg kecit2 tuh...sedap gak ikan kering India nih, lemak2 masin gitu..Sherri and safi goreng berempah (rempah campor India)..yg ni goreng garing2 kesukaan somi ku....akak suka ikan kalo juicy2 siket, baru best..
sayor campor abg Mizan..
masak lemak ..feberet akak nih

sup tolur Naim


makanan dah hidang....meh ler makan panaih2!!!...


Buah Bidara...

Kalau nak taw, ni la buah bidara. Rasa..so..so jer. Tak ler sesedap buah pisang kaki, feberet akak. But buah ni cecah ngan garam, cun gak. Asam boi yellek kat sini. So, to 'make do' boleh la ganti, hilang kempunan...

Kete Kecit...

Akak mmg dah lama geram nengok kete kecit ni. Tomeiiiiii sangat. Ntah Pak Arab maner punya, akak pun tataw. Antique tul. Tapi akak tak pernah nengok keter ni bergerak pong. Ker, kete perhiasan jer gamaknye. Mmg ada kat basement apt. all da time. So pagi tadi, lepas balik dari epot, org tak de kat parking tu, sempat gak snap. Cut the head, tinggei body akak je lam gambor tu coz muka I macam antu..mata meghoh!!..sendiri tengok pun seremmmmm...