Wednesday, November 19, 2008

Congrats Shafira!!

Kawan akak , Basitah Taif and her beloved daughter, Shafira in the KOSMO news......akak tumpang semangkuk ......kembang kempih bangga ..


RENCANA UTAMA





Shafira Mohd. Zairi mungkin terlalu mentah untuk memahami aspek teknikal penyakit diabetes yang dihidapinya. Namun, apakah yang dilakukan oleh ibu bapa dan dirinya untuk meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak biasa? Ikuti laporan wartawan YEO LI SHIAN.


SUATU petang pada Oktober lalu, kediaman damai pensyarah Basitah Taif dikejutkan dengan deringan telefon. Gagang telefon diangkat dan suara di hujung telefon memberitahu panggilan itu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Rupa-rupanya, khabar gembira yang diterima. Ia juga rezeki yang tidak diduga.

Dalam sekelip mata, rezeki itu 'menyajikan' keluarganya tambahan wang tunai bernilai 5,000 euro (RM23,600). Semuanya gara-gara kemenangan lukisan dan esei anaknya, Shafira Mohd. Zairi, 9, yang menyertai Pertandingan Melukis Accu-Chek peringkat global untuk kanak-kanak dan remaja diabetes.

"Prof. Fatimah telefon saya dan beritahu Shafira menang juara di peringkat dunia. Kami tak sangka," katanya ringkas di kediamannya di Bukit Beruntung, Selangor baru-baru ini.
Bagi keluarga Basitah dan suami, Mohd. Zairi Md. Isa, rezeki yang dikurniakan itu bagaikan durian runtuh. Tetapi bagi Shafira, dia mungkin masih mentah untuk memahami nilai wang yang dimenanginya itu.


Saat bertentang mata dengan gadis manis bersuara lembut ini, Kosmo! terus mengajukan satu soalan ringkas: "Adik tahu 5,000 euro tu, banyak mana?"

Sambil tersenyum, Shafira menganggukkan kepala tanda tahu dan menjawab: "Hmmm..mak kata lebih RM20,000."

Lalu, saya bertanya lagi: "Jadi, RM20,000 tu, berapa?"

Kali ini, dia terdiam. Sekali-sekala masih menghadiahkan senyuman manisnya. Pada ketika inilah, Basitah memberitahu anaknya pernah bersorak gembira biarpun tidak mengerti nilai hadiah yang dimenanginya.


"Dia pernah tanya bapanya 'berapa nilai lebih RM20,000 itu?' Bapanya beritahu, 'nilai tu... bolehlah beli sebuah kereta Kancil second-hand.' Barulah dia dapat bayangkan dan kata nak pergi Disneyland," ujarnya.



**more details, follow the link below..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp

No comments: